Program ITQAN ditubuhkan pada tahun 2009. Ia bermula dalam bentuk program Halaqah di Idaman, Kuala Lumpur, sebagai lanjutan dari Program Muath untuk pendidikan Quran di Yaman, yang ditubuhkan pada tahun 1985. Program ini adalah berteraskan metodologi yang asli dan berkesan. Beribu-ribu Huffaz dan Mujaz telah berjaya lulus dengan program ini yang telah terbukti berjaya di banyak negara. Intipati dari program ini adalah tumpuan tiga penjuru iaitu kepada bacaan, hafazan dan pemahaman Al-Quran. 


Program ITQAN didaftarkan secara rasmi di bawah Yayasan berdaftar di Malaysia yang dinamakan «Yayasan Pendidikan ITQAN» (529795-U). Program ITQAN terus berkembang secara beransur-ansur dan sehingga kini mengandungi 759 pelajar lelaki dan perempuan daripada 50 kewarganegaraan di 56 kelas (Halaqah) yang tersebar di 7 buah pusat.


Ia menyediakan pelbagai program al-Quran, seperti Halaqah Al-Quran, Ijazah & Sanad, Program Quran untuk Orang Awam, serta Program Latihan untuk Imam & Muazin. ITQAN juga menganjurkan pertandingan Al-Quran tahunan untuk pelajar-pelajar baru dan pelajar peringkat lanjutan di mana pertandingan ini menarik peserta dari seluruh negara.

ITQAN telah menandatangani beberapa perjanjian kerjasama dalam pendidikan Al-Quran dengan institusi-institusi 

Al-Quran dan Institusi-institusi berkaitan, di dalam dan di luar negara. 


Program kami telah diiktiraf keberkesanannya oleh para ulama dan sarjana, ahli akademik dan pendidik yang terkenal dari seluruh dunia.


Profil ITQAN