Pendidikan al-Quran merupakan salah satu bentuk pendidikan yang paling penting dalam pembinaan nilai-nilai murni, menyebarkan budi pekerti mulia dan menyempurnakan akhlak. Sebagai wahyu yang diturunkan Pencipta, Quran memberikan petunjuk dan bimbingan yang seimbang bagi tuntutan rohani dan keperluan minda manusia.

ITQAN diamanahkan dengan tanggungjawab mengajarkan Al-Quran yang memberi petunjuk dan panduan hidup dalam mencapai kecemerlangan moral kepada semua umat manusia. Berasaskan pendekatan sederhana, ITQAN tekad untuk menyediakan program yang cemerlang, mudah didapati dan mampu dibayar tanpa membebankan. Pada terasnya, program-program kami memberi tumpuan kepada penanaman nilai murni dan akhlak Al-Quran di jiwa para pelajar kami.


ITQAN berfungsi pada dimensi strategik iaitu memenuhi keperluan masyarakat Malaysia dalam menyediakan pendidikan al-Quran kepada segenap lapisan masyarakat di sini. Kami juga berfungsi sebagai rujukan tempatan dan serantau apabila pendidikan berasaskan Al-Quran disebut dan dicari.


ITQAN berhasrat untuk menjadi pusat pendidikan Al-Quran global yang menyediakan program-program berketerampilan untuk pelajar-pelajar dari semua peringkat usia, sama ada mereka yang di umur tadika atau lebih dewasa, dengan penekanan pada program khusus dalam menghafaz Al-Quran serta sains dan kaedah pengajarannya.


Dr. Nashwan Bin Abdo Khaled 
Pengarah Urusan Yayasan Pendidikan ITQAN