Matlamat program:
Program ini bertujuan untuk mengisi masa
lapang pelajar semasa cuti sekolah dengan
memperkasakan semangat hafazan yang jitu dan
mengulang yang sedia hafaz. Ia juga bertujuan
untuk memperkenalkan pengetahuan baru
dengan memberi tumpuan kepada akhlak dan
nilai-nilai budi.
Apa yang menjadikan program ini lain dari yang lain:
- Program yang mencabar yang diadakan semasa cuti panjang sekolah.
- Tumpuan kepada akhlak dan nilai-nilai budi.
- Peluang keemasan untuk mengulangkaji dengan tepat.
- Membangunkan kebolehan dan kemahiran kognitif dan tingkahlaku pelajar melalui aktiviti intensif.