Matlamat program:

Program ini bertujuan untuk membangunkan kemahiran tingkah laku melalui pendidikan dan pengamalan nilai-nilai dan moral Al-Quran. Ia juga bertujuan mengembangkan kemahiran fizikal dan intelektual serta memupuk bakat pelajar melalui pelbagai aktiviti kebudayaan dan sukan.


Apa yang menjadikan program ini istimewa:

- Penumpuan kepada memupuk nilai-nilai moral di kalangan pelajar.

- Memberi penekanan kepada tingkahlaku pelajar.

- Meningkatkan bakat pelajar.

- Pengiktirafan pelajar cemerlang dengan pemberian anugerah dan menggalakkan persaingan.