Matlamat Program: 

Program bertujuan untuk menyemarakkan minat menghafaz dan Tilawah Al-Quran melalui semangat persaingan. Di samping pengiktirafan bagi kecemerlangan yang dicapai peserta, adalah diharapkan persaingan yang sihat akan memupuk minat yang lebih tinggi di kalangan pelajar untuk menguasai tajwid dan hafazan. 


Apa yang menjadikan program ini lain dari yang lain:

- Pertandingan tahunan bagi seluruh negara dengan piawaian yang tinggi. 

- Terbuka kepada lelaki dan perempuan di semua peringkat umur.

- Termasuk Peringkat tinggi dengan Ijazah.

- Peserta terbaik dicalonkan ke pertandingan antarabangsa. 

- Tahun 2020 merupakan tahun ke-13 program ini.